Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA9 rampas beras siam dipercayai diseludup bernilai RM76,000 di Tumpat


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 23,750 kilogram (kg) beras Siam bernilai RM76,000 dirampas oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu operasi berdekatan Kok Seraya, Chabang Empat Tumpat, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Ramly Poncho berkata, susulan serbuan itu juga pihaknya turut menahan empat lelaki berusia antara 31 hingga 55 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan beras dari negara jiran.

Beliau berkata kes dikesan ketika anggotanya melakukan intipan di laluan tikus dekat pangkalan haram Kertas, Kuala Jambu sempena Op Wawasan Sempadan Malaysia (Kelantan) -Thailand.

"Berdasarkan maklumat anggota ternampak sebuah lori dari pangkalan haram melalui Bendang Pak Yong terus menuju ke sebuah stor di Kok Seraya, Chabang Empat Tumpat kira-kira pukul 2.45 awal pagi semalam.

"Selepas 25 minit kemudiannya lori itu keluar daripada kawasan berkenaan dan menuju ke arah jalan utama sebelum ditahan oleh anggota PGA9 dan pemeriksaan ke atas lori itu didapati membawa kampit putih berisi beras," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas ditahan anggota kemudiannya mengarahkan dua lelaki yang disyaki membawa mereka kembali ke stor untuk pemeriksaan lanjut.

Ramly berkata sebaik tiba di stor didapati dalam keadaan terkunci namun intipan mendapati ada lelaki di dalamnya sebelum diarahkan supaya dibuka selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

"Setelah dibuka pemeriksaan di dalam stor tersebut menjumpai 350 kampit beras di mana setiap satunya seberat 50kg guni putih berisi beras manakala pemeriksaan ke atas lori pula menjumpai sebanyak 125 kampit beras dengan berat yang sama.

"Turut dirampas adalah beberapa dokumen yang dikemukakan oleh suspek penyeludup kerana dipercayai meragukan," katanya.

Jelasnya walaupun di stor berkenaan ada mesin mengisi beras namun kesemua beras yang dirampas dipercayai sudah siap dibungkus di negara jiran sebelum diseludup masuk ke negara ini.

"Kesemua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras Negara Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel