Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bas terbakar: 29 pelancong China cemas


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





BATU PAHAT, 26 Mei (Bernama) -- Seramai 29 pelancong warga China berhadapan detik cemas, apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar di KM97.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Aresat berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 2.31 petang, dan dua jentera dari Balai Bomba Yong Peng serta Ayer Hitam bersama 13 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku ketika 31 orang iaitu 29 pelancong warga China terdiri daripada 21 wanita dan lapan lelaki, seorang pemandu bas rakyat tempatan dan seorang pemandu pelancong tempatan, sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka.

"Bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengawal kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Khairul Nizan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sementara punca serta anggaran kerugian masih disiasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel