Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bincang penutupan Tapak Pelupusan Ladang CEP 1 secara selamat - Maszlee


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KLUANG, 26 Mei (Bernama) -- Satu rundingan akan dilaksanakan antara Kerajaan negeri dan persekutuan bagi membincangkan penutupan secara selamat serta peruntukan khas berkaitan Tapak Pelupusan Ladang CEP 1, Simpang Renggam, di sini.

Anggota Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya berharap penutupan tapak pelupusan berkenaan akan dapat dilaksanakan secara sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata Pejabat Parlimen Simpang Renggam, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan telah menjalankan pelbagai usaha secara holistik bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai dan bekalan air bersih untuk rakyat Simpang Renggam dan kawasan sekitarnya.

Maszlee, yang juga Menteri Pendidikan, berkata satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal diadakan hari ini bagi menyelaras semua tindakan strategik dengan garis masa ditetapkan melibatkan semua agensi berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Saya amat menghargai segala usaha jangka masa pendek dan sederhana yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maszlee berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) juga sedang berusaha bersama Ranhill SAJ untuk memasang sistem amaran awal bagi membantu rakyat membuat persediaan segera, termasuk menadah air jika ketiadaan bekalan.

Beliau berkata Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) pula akan melaksanakan proses mendidik, pemantauan bersistematik serta penguatkuasaan lebih ketat bagi memastikan isu-isu pencemaran seumpama itu tidak berulang.

"Selain itu, pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pula disarankan agar turut bertindak menyelesaikan kerja-kerja pemulihan sungai dengan melibatkan semua agensi berkaitan di bawah KATS dan diselaraskan dengan agensi-agensi yang lain.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel