Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semak bil meter pintar di TNB Banda Kaba Selasa hingga Jumaat ini


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





MELAKA, 26 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta pengguna untukberjumpa dengan pegawai khidmat pelanggannya bagi menyelesasikan masalah berkaitan meter pintar yang didakwa menyebabkan bil elektrik naik seperti ditular di laman sosial, baru-baru ini.

TNB, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa meter pintar yang dipasang di Melaka mencatatkan bacaan yang tepat dan bukan menjadi penyebab kenaikan bil.

"Semakan terhadap aduan segelintir pengguna didapati berpunca dari kesilapan semasa pemasangan meter; meter terdahulu yang tidak lagi efisien dan tidak lagi merekodkan bacaan yang tepat; usikan pada meter lama dan faktor-faktor berkaitan pembilan," menurut kenyataan itu.

Justeru, katanya, pengguna yang ingin menyemak bil mereka serta rungutan terhadap kenaikan bil boleh berbuat demikian sempena Hari Bersama Pelanggan di pejabat TNB Jalan Banda Kaba di sini bermula 28 hingga 31 Mei ini,

TNB bersedia untuk memberikan maklumat serta langkah penyelesaian termasuk mengkreditkan lebihan bayaran dalam bil jika lebihan caj berlaku, katanya.

Sesi bersama pelanggan tersebut akan bermula jan 8.30 pagi hingga 4 petang.

Selain di pejabat TNB Jalan Banda Kaba, pengguna boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan pembilan dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 1300-88-5454, atau mengunjungi mana- mana pejabat TNB di Pekan Alor Gajah, Bandar Jasin, Merlimau dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel