Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengemis asing masuki Kelantan secara berkumpulan sejak awal Ramadan.


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KOTA BHARU, 26 Mei (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati kebanyakan pengemis warga asing yang ada di negeri ini datang secara berkumpulan sejak sebelum Ramadan lagi.

Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penguatkuasa) Azman Mat Zain berkata, kumpulan ini biasanya terdiri daripada warga Thailand serta Kemboja, malah bertindak menyewa rumah beramai-ramai semata-mata untuk tujuan meminta sumbangan di sini.

Beliau berkata jika sebelum ini tumpuan pengemis adalah di bank, tetapi kini mereka beralih ke masjid dan bazar Ramadan, kerana tahu di situ ramai pengunjung.

"Dalam operasi terbaru hari ini di hadapan beberapa bank di Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh kita berjaya menyelamatkan 12 warga asing serta tiga rakyat tempatan.

"Warga asing paling muda yang ditahan bersama ibunya berusia dua tahun, manakala paling tua berusia 80 tahun. Kesemua warga asing itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (Kelantan) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat pengemis itu akan dijalankan dari masa ke semasa, bersama agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Azman berkata tindakan kepada penduduk tempatan yang ditahan adalah berbeza, iaitu mereka dianggap sebagai pengemis sekiranya ada tabung bersama ketika ditahan serta mempunyai wang yang didermakan.

"Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 321 Akta Orang-Orang Papa 197 (Akta 183) sekiranya didapati mengemis.

"Mereka ini biasanya akan ditahan sementara untuk pemulihan selama setahun dan ada sesetengah daripadanya akan ditahan sehingga tiga tahun. Jika mereka didapati sudah memperolehi bantuan daripada JKM ianya akan dihentikan selama tempoh berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau kali ini adalah kali ke 33 dijalankan sepanjang Ramadan ini dan sudah menahan seramai 87 pengemis, termasuk 67 warga asing.

Difahamkan, jumlah pengemis akan meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding hari biasa, dan orang ramai dinasihatkan jika ingin menderma biarlah pada tempatnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel