Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemain Melaka United cedera dalam kemalangan di IPT2


Tarikh kemaskini: 26/05/2019




MELAKA, 26 Mei (Bernama) -- Pemain pertahanan Melaka United, Mohd Faizal Muhamad, 30, cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan di  Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat, Jabor, Terengganu, hari ini.

Persatuan Bola Sepak Melaka United, dalam kenyataan, berkata kemalangan berlaku ketika Mohd Faizal dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Marang selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Melaka United di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

“Pada perlawanan itu, beliau adalah antara pemain simpanan. Semoga beliau segera pulih daripada kecederaan untuk kembali membantu pasukan mengharungi perlawanan akan datang," menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media, bekas pemain Terengganu itu, cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV dipandu seorang wanita berusia 24 tahun bersama ibunya.

Laporan media memetik Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, sebagai berkata Mohd Faizal mengalami kecederaan pada muka dan kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

Menurut Mohd Said, pemandu wanita berkenaan, Nur Alya Zulaikha Mohd Suhaimi tidak mengalami kecederaan manakala ibunya Sabriah Seman, 60, seorang pesara guru, mengalami kecederaan di bahagian dadah dan turut dihantar ke HTAA untuk rawatan.

“Akibat pelanggaran itu, Honda HRV berpusing dan terbalik manakala Toyota Vellfire terbabas di atas penghadang jalan sebelah kiri,”katanya seperti dipetik oleh media.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel