Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan 12 lelaki, selesai sembilan kes curi motosikal


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





BATU PAHAT, 26 Mei (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan sembilan kes curi motosikal sepanjang bulan ini dengan penahanan 12 lelaki berumur antara 18 dan 27 tahun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata melalui siasatan awal, kesemua mereka aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal bulan lepas di sekitar Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Beliau berkata hasil beberapa serbuan dilakukan, polis berjaya menemui lima enjin motosikal, tiga motosikal dan tiga rangka motosikal jenis Honda Ex-5 dan Modenas Kriss.

"Daripada sembilan kes kecurian yang berjaya diselesaikan itu, enam daripadanya di Batu Pahat dan masing-masing satu kes di Pontian, Kulai dan Johor Bahru," katanya.

Azhan berkata kesemua motosikal yang dicuri itu akan dileraikan komponennya sebelum dijual secara berasingan mengikut permintaan.

Katanya, enam daripada 12 lelaki berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, manakala tiga lagi mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel