Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu sedia 12 bas percuma untuk mahasiswa pulang ke kampung


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KUALA TERENGGANU, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menyediakan sebanyak 12 buah bas secara percuma untuk membawa 480 mahasiswa Terengganu yang belajar di luar negeri itu pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Aidilfitri Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) 2019. 

Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Muhamad Khairi Mezah berkata program bertemakan 'Tranung, mu tunggu aku balik' itu diharap dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mahasiswa bersama keluarga tersayang selain mengurangkan beban kewangan mereka.

Beliau berkata kesemua 12 bas berkenaan dijadual bertolak daripada lokasi yang telah ditentukan pada 31 Mei ini dan dijangka tiba di perkarangan Yayasan Terengganu di sini pada awal pagi, 1 Jun.

“Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Katanya bagi pelajar yang tinggal di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Yayasan Terengganu juga akan menghantar mereka pulang dengan bas percuma ke daerah masing-masing. 

Muhamad Khairi berkata kesemua mahasiswa Terengganu telah dimaklumkan mengenai program tersebut melalui laman rasmi Facebook Permata di universiti masing-masing.

Katanya program yang telah bermula sejak tujuh tahun lalu itu susulan rungutan mahasiswa yang tidak dapat pulang beraya di kampung kerana kehabisan tiket bas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel