Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpustakaan UTeM wujud ruang 24 jam


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





MELAKA, 26 Mei (Bernama) -- Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mewujudkan ruang beroperasi 24 jam dalam usaha memenuhi keperluan dan permintaan warganya di Kampus Induk Utem, Durian Tunggal, Alor Gajah dekat sini.

UTeM menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan ruang 24 jam yang terletak di sudut santai aras 1 perpustakaan tersebut dapat menyokong usaha UTeM menyediakan ruang pembelajaran serta pertemuan yang luas serta selesa buat pelajar, petugas dan warganya yang lain.

Ruang 24 jam perpustakaan itu mampu memuatkan antara 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa dan telah dirasmikan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib pada 17 Mei lepas. 

UTeM mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk dan Kampus Industri di Ayer Keroh di sini serta pada masa ini mempunyai lebih 12,000 pelajar di dua kampus tersebut.

 Dalam kenyataan itu, Shahrin berkata perpustakaan itu yang telah menjangkau usia18 tahun memainkan peranan besar bila menyentuh mengenai budaya keilmuan di UTeM terutamanya sebagai sebuah pusat keilmuan dan maklumat kepada keseluruhan warga universiti tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel