Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

257 saman dikeluarkan, 22 kenderaan disita dalam Ops Pencegahan Samseng Jalanan di Kulai


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Polis mengeluarkan 257 saman dan menyita 22 kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) berhampiran Johor Premium Outlet, di Kulai, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata operasi bermula 11.30 malam hingga 5 pagi itu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai.

"Operasi dilakukan berikutan aduan orang ramai mengenai kumpulan remaja bermotosikal yang membuat bising di kawasan berkenaan.

“Sebanyak 23 kenderaan telah diperiksa merangkumi tiga kereta dan 20 motosikal manakala seramai 33 orang telah diperiksa, namun, tiada tangkapan dibuat," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Tok berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua individu terbabit negatif dadah.

Beliau berkata kesemua 22 kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel