Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli MBIP tuntut penjelasan Datuk Bandar berhubung isu salah guna kuasa


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) – Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memberikan tempoh sebelum perayaan Aidilfitri ini kepada Datuk Bandar MBIP, Datuk Adib Azhari Daud untuk memberikan penjelasan berhubung isu salah guna kuasa beliau berkenaan isu perlesanan tapak bazar Ramadan di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah.

Wakil yang juga Ahli Majlis Zon 9 Gelang Patah, Mohd Azam Mektar berkata tindakan Adib menukar keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan MBIP Bil 4/2109 bertarikh 18 April yang dipengerusikan sendiri Adib disifatkan umpama sabotaj terhadap Ahli Majlis MBIP serta kerajaaan negeri pimpinan bawah Pakatan Harapan.

"Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Bil 4/2019 pada 18 April 2019 bersetuju memberi kelulusan 100 petak bazar Ramadan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Nusaria 4/7, Taman Nusantara dekat Gelang Patah dan perkara itu kemudiannya disahkan pada 28 April lalu.

"Kawasan ini diberi sebagai ganti kepada cadangan tapak bazar Ramadan di Jalan J/1, Taman Nusantara yang diminta peniaga pada awalnya, namun, mendapat bantahan peniaga kedai berhampiran yang dikatakan mengganggu waktu perniagaan sedia ada," katanya selepas Mesyuarat Penuh MBIP, di sini hari ini.

Mohd Azam berkata, bagaimanapun, Jabatan Pelesenan MBIP bertindak menolak permohonan awal 47 peniaga di bawah persatuan penganjur untuk mendapatkan lesen  bagi membuka bazar Ramadan di kawasan yang dipersetujui kerana pihak Datuk Bandar ingin mengubah hak penganjuran bazar Ramadan berkenaan.  

Tambahnya, susulan itu Ahli Majlis zon berkenaan mengambil inisiatif melakukan perbincangan dengan pihak Datuk Bandar yang kemudiannya memberikan 30 lesen berniaga di Jalan  Nusaria 4/7, Taman Nusantara walaupun keputusan awal mesyuarat akan bersetuju memberikan 100 lesen berniaga.

Mohd Azam berkata Ahli Majlis MBIP turut mendapat aduan daripada orang ramai berhubung terdapat bazar Ramadan yang dibuka tanpa permit dan lesen di Jalan J/1 Taman Nusantara iaitu di kawasan cadangan awal yang ditolak kerana terdapat bantahan peniaga kedai di situ.

Tambahnya, tindakan Ahli Majlis MBIP membangkitkan isu salah guna kuasa oleh Datuk Bandar MBIP supaya perkara seumpama itu tidak akan berlaku di masa akan datang dan kegagalan Datuk Bandar memberi penjelasan berhubung isu berkenaan akan menjejaskan imej MBIP dan Datuk Bandar itu sendiri.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel