cUeb9eAUTGo Kuih putu kacang, karas jadi pilihan Dr Mahathir dan isteri
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kuih putu kacang, karas jadi pilihan Dr Mahathir dan isteri


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





ALOR SETAR, 26 Mei (Bernama) -- Kuih putu kacang dan karas yang dijual di gerai Warisan Mak Chah di Kompleks Pekan Rabu di sini menjadi pilihan utama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri.

Peniaga gerai itu Suria Hassan, 49, berkata apabila bulan Ramadan pemimpin nombor satu negara itu serta isterinya tidak akan terlepas untuk membeli dua jenis kuih itu di gerainya yang telah menjadi amalan mereka untuk membeli di situ sejak tahun 80-an lagi.

“Setiap kali bulan puasa, Tun Dr Mahathir dan isteri pasti mai gerai sini beli kuih ini bersama kuih lain, dah lama mereka mai beli sini sejak arwah tok (nenek) saya lagi berniaga,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Perdana Menteri dan isteri di gerainya di sini, hari ini.

Dr Mahathir yang tiba di Kompleks Pekan Rabu secara berasingan dengan isteri beliau pada 11.06 pagi meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau kompleks itu sambil membeli. Turut mengiringi beliau adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Suria berkata kuih lain yang dibeli Perdana Menteri dan isteri ialah dodol lemak dan durian, kuih bangkit, bahulu selain kuah rojak, serunding, biskut suji dan acar limau.

“Tun Dr Mahathir dan isteri beliau sangat teliti dalam membeli kuih ini tetapi mereka tidak cerewet dan tidak berkira daripada segi harga berapa pun,” katanya.

Dr Mahathir turut tidak melepaskan peluang membeli songkok kegemaranya, capal, butang baju dan sampin di gerai ‘Songkok Style Tun’ yang dimiliki peniaga Sardi Dahar di kompleks itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel