Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan jadikan pemberian bantuan Ramadan trend bermusim - Exco Johor


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





ISKANDAR PUTERI, 26 Mei (Bernama) – Semua pihak hari ini dinasihati supaya tidak menjadikan pemberian bantuan Ramadan sebagai hanya satu trend bermusim semata-mata sebaliknya perlu dilakukan berterusan sepanjang masa.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata program sumbangan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan perlu diteruskan walaupun di luar bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

“Program seperti ini telah banyak dijalankan dan harus diteruskan walaupun di luar Ramadan sebab bukan dalam Ramadan ini sahaja kita boleh bantu golongan asnaf dan golongan yang memerlukan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan (flag off) program Ziarah Kasih Ihya Ramadan anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ), di sini, hari ini.

Sheikh Umar berkata Ziarah Kasih Ihya Ramadan berkenaan memasuki tahun kelima penganjurannya dengan tiga tahun sebelum ini dilakukan menerusi agihan bubur lambuk manakala pemberian sumbangan barangan keperluan dan duit raya pula dimulakan sejak tahun lepas.

Beliau berkata untuk program hari ini, sebanyak 24 kenderaan digerakkan secara konvoi bagi mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian dan duit raya kepada 101 asnaf di kawasan Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Beliau berkata kesemua sumbangan terbabit merupakan dana yang dikumpul hasil sumbangan 50 agensi di bawah MPUNJ.

“Bersempena bulan yang mulia ini, semua orang berebut-rebut untuk membuat kebajikan, jadi, MPUNJ turut tidak melepaskan peluang terlibat sama dalam membantu golongan asnaf dan golongan yang memerlukan.

“Insya Allah, sekiranya tahun hadapan kapasiti tenaga kerja kita mencukupi dan dana yang kita perolehi juga banyak, program ini kita akan luaskan sehingga ke Kluang dan Simpang Renggam,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel