Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops SAR temukan dua mayat dipercayai nelayan hilang di perairan Pulau Pisang


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilapor hilang di perairan Pulau Pisang, dekat Pontian, menemukan dua mayat dipercayai kedua-dua mereka, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat pertama  ditemukan terapung di kedudukan kira-kira 1 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada 8.15 pagi tadi manakala mayat kedua ditemui terapung kira-kira 1 batu nautika barat daya Sungai Tampok, Benut, dekat Pontian, pada 9.50 pagi.

"Mayat pertama ditemukan pasukan SAR dari Zon Maritim Batu Pahat lebih kurang 23.5 batu nautika arah barat laut dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Mayat kedua pula ditemukan nelayan tempatan yang turut serta dalam pencarian, lebih kurang tujuh batu nautika barat laut dari lokasi mangsa dipercayai hilang," kata Aminuddin menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat pertama dihantar ke Hospital Batu Pahat manakala mayat kedua pula ke Hospital Pontian bagi proses pengecaman serta pengesahan oleh pihak keluarga masing-masing.

Khamis lepas, kedua-kedua nelayan, Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, dan sepupunya, Mohd Khair Ismail, 38, pergi ke perairan Pulau Pisang tersebut untuk menjaring ikan danj  tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

Keluarga mereka yang bimbang dengan keadaan tersebut membuat laporan polis keesokan harinya, sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Pasukan Polis Marin dan nelayan setempat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel