Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi SAR dua nelayan hilang di Pulau Pisang temukan satu mayat


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilapor hilang di perairan Pulau Pisang, dekat Pontian, menemukan satu mayat dipercayai seorang daripada mangsa, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat berkenaan ditemukan terapung di kedudukan kira-kira 1 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada 8.15 pagi tadi.

"Mayat ditemukan pasukan SAR dari Zon Maritim Batu Pahat sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat.

"Mayat ditemukan lebih kurang 23.5 batu nautika arah barat laut dari lokasi mangsa dipercayai hilang," kata Aminuddin menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata proses pengecaman dan pengesahan mayat berkenaan seterusnya akan dilakukan oleh pihak keluarga mangsa.

Khamis lepas, kedua-kedua nelayan, Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, dan sepupunya, Mohd Khair Ismail, 38, pergi ke perairan berkenaan untuk menjaring ikan sebelum tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

Keluarga mereka yang bimbang dengan keadaan tersebut membuat laporan polis keesokan harinya, sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Pasukan Polis Marin dan nelayan setempat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel