Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Piagam PAS dan UMNO untuk cari kuasa politik - Husam


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





PASIR MAS, 26 Mei (Bernama) -- Parti Amanah Negara (AMANAH) mempersoalkan sama ada kerjasama secara rasmi antara PAS dan UMNO menerusi piagam yang dikatakan akan ditandatangani selepas Hari Raya Aidilfitri nanti adalah untuk  mencari kuasa politik semata-mata.

“Kami menunggu pengumuman piagam itu sebelum membuat ulasan selanjutnya, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun beliau yakin kerjasama PAS dan UMNO itu tidak akan kekal lama dan mampu membentuk pasukan pembangkang  yang kuat kepada Pakatan Harapan.

“Tidak semestinya piagam itu (apabila ditandatangani) akan mengukuhkan hubungan antara kedua-kedua parti walaupun secara hakikat perkara itu adalah baik,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di Kilang LLY Loyalty Logistics Sdn Bhd, Rantau Panjang, di sini, Sabtu malam.

Mengenai kilang LLY Loyalty Logistics, Husam menyifatkannya sebagai satu pembangunan baharu bagi  meningkatkan ekonomi Kelantan berikutan kilang terbabit akan memainkan peranan sebagai tempat penyimpanan barangan import dan eksport.

"Ia boleh mengalakkan perdagangan laut antara Kelantan dengan negara-negara jiran dan mudahkan pengimport dan pengeksport yang belum ada kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk berurusan.

"Dengan adanya gudang ini kemajuan negeri Kelantan dapat dipertingkatkan dan  dengan cara negeri ini juga boleh mengeksport dan mengimport barangan dengan kos yang lebih jimat," katanya.

Kilang itu dibina oleh syarikat swasta pada tahun 2016 dan dijangka akan memulakan operasi pada Jun depan dan berperanan sebagai tempat menyimpan barangan dari pelabuhan seperti  Pelabuhan Klang dan Pulau Duyung Terengganu.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel