Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

250 anak yatim miskin dapat sumbangan raya


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KOTA BHARU, 26 Mei (Bernama) -- Seramai 250 anak yatim daripada keluarga miskin bertuah apabila diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh Pertubuhan Anak Yatim Miskin (Payatim) dengan kerjasama Etiqa Family Takaful Berhad di sini, malam tadi.

Kesemua pelajar sekolah rendah itu dipilih dari daerah Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah yang disenaraikan sendiri oleh pihak sekolah selain oleh ketua masyarakat dan imam di kawasan masing-masing.

Yang Dipertua Payatim Mhd Nor Jusoh berkata program Ihya Ramadan itu merupakan penganjuran kali ketiga oleh Payatim dan sempena majlis itu, semua pelajar turut menerima sumbangan duit raya RM100 untuk membeli persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami juga akan anjur acara berkhatan beramai-ramai pada November depan melibatkan seramai 200 murid dari Kota Bharu, Bachok (120) dan Tumpat (120) serta turut melawat sendiri rumah murid golongan asnaf dan yatim bersama Pejabat Pelajaran Daerah dan JKM bagi mengenal pasti kemiskinan yang dialami keluarga berkenaan," katanya kepada pemberita selepas program itu di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup dan  Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Abdul Halim.

Sementara itu, Zafri berkata sumbangan yang diberikan kepada murid yatim dan miskin itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab zakat korporat pihak Etiqa Family Takaful untuk golongan asnaf seluruh negara.

Beliau berkata sumbangan ini adalah daripada 40 peratus zakat korporat yang akan disumbangkan kepada keseluruhan penerima di seluruh negara, kebanyakannya di Sabah dan Kelantan.

"Untuk tahun ini sahaja sebanyak RM9.5 juta akan diagihkan dan kami akan sentiasa menjalinkan perhubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggap sebagai rakan strategik bagi mengesan mereka yang perlu disumbangkan zakat," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel