Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih banyak loji rawatan air dibina dalam RMK12


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan membina lebih banyak Loji Rawatan Air (LRA) baharu dalam usaha untuk menambah baik sistem bekalan air di negara ini.

Menterinya Dr A. Xavier Jayakumar berkata perkara itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bermula 2021 dan dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh 10 atau 15 tahun akan datang.

Beliau juga mengakui cadangan tersebut jika direalisasikan memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

"Sebagai contoh, sistem bekalan air di kawasan utara Perak seperti Kuala Kangsar dan Larut sering kali berlaku kekurangan bekalan air disebabkan tidak mempunyai air yang cukup untuk menampung keperluan terutamanya semasa musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak di sini, malam ini

Menurut Xavier pihaknya juga akan menukar atau memperbaiki menara tangki air yang sudah uzur di kawasan penempatan penduduk di beberapa negeri yang tidak mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi.

Katanya ia penting agar sekiranya berlaku gangguan, bekalan air mentah itu dapat menampung keperluan penduduk di sesuatu kawasan.

Mengulas lanjut, Xavier berkata apabila gangguan bekalan air kerap berlaku, selain menyusahkan rakyat, ia juga menyebabkan syarikat utiliti air mengalami kerugian besar.

"Kita mahu memastikan simpanan air mentah di sesuatu kawasan melebihi daripada lima atau enam peratus bagi memenuhi keperluan penduduk berbanding ketika ini simpanan air mentah di tangki air hanya sekitar dua peratus sahaja," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel