Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30 pemandu teksi kawasan Stulang Laut terima hadiah Aidilfitri daripada Sultan Johor


Tarikh kemaskini: 25/05/2019




JOHOR BAHRU, 25 Mei (Bernama) -- Seramai 30 pemandu teksi dari kawasan Stulang Laut, di sini, menerima 'hadiah' daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut catatan terbaharu yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, setiap seorang pemandu teksi berkenaan menerima kain dan duit raya daripada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Menurut catatan berkenaan, pada tahun lalu, seramai 20 pemandu teksi di kawasan Stulang Laut menerima sumbangan daripada Sultan Johor sempena Aidilfitri.

"Setiap kali baginda Tuanku Sultan melalui kawasan Stulang Laut, pemandu-pemandu teksi di kawasan berkenaan tidak ketinggalan melambai terhadap Sultan Johor.

"Sultan Johor amat dekat di hati rakyat dan baginda sering mengetepikan protokol serta beramah-mesra bersama Bangsa Johor," menurut catatan berkenaan yang turut disertakan dua keping gambar Sultan Johor bersama kesemua pemandu teksi berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel