Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan seorang lagi pemuda kes pecah cermin kereta


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KOTA BHARU, 25 Mei (Bernama) -- Polis hari ini menahan seorang lagi pemuda bagi membantu siasatan berkaitan tindakan merosakkan kereta milik seorang wanita berdekatan Pasar Malam Parit Dalam di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar jajahan ini sekitar pukul 2.00 pagi tadi.

"Pada masa yang sama, kita masih berusaha mengesan sekurang-kurangnya tiga lagi suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan. Kita minta individu-individu ini untuk tampil menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan selain turut meminta kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat berhubung kes itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Comunity Policing: Sumbangan Ramadan kepada Asnaf anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Amal Datuk Zul Wisma di Kampung Tanjong, Badang di sini, hari ini.

Semalam, polis menahan seorang pemuda berusia 20an yang disyaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta di samping menyebabkan ada bahagian kereta itu yang kemek, berdekatan Pasar Malam Parit Dalam selepas menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40an.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel