Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Taiping pulih dalam tempoh dua hari


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah wilayah barat Taiping berikutan tanah runtuh berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Trong, petang semalam dijangka pulih sepenuhnya dalam masa dua hari.

Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa berkata antara kawasan terlibat adalah seluruh Trong, Changkat Jering, Bukit Gantang, Bukit Berapit, Changkat Ibol serta kawasan berhampiran. 

"Kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu mengakibatkan paip yang menyalurkan air mentah dari loji berkenaan patah dan gagal berfungsi.

"Pihak LAP telah mengambil langkah sewajarnya bagi membaik pulih kerosakan selain melakukan pengezonan semula dengan membekalkan air dari LRA Air Terjun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Yusof, langkah itu membolehkan beberapa kawasan seperti Pekan Trong untuk kembali menerima bekalan air.

"Bagaimanapun terdapat kira-kira 2,300 akaun pengguna masih mengalami gangguan bekalan melibatkan penduduk di Changkat Ibol, Bukit Gantang, Kampung Kubu serta Kampung Pauh dan dijangkakan bekalan air ke kawasan itu akan kembali pulih dalam tempoh dua hari," katanya.

Mohd Yusof berkata, pihak LAP akan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas dengan menggunakan lori-lori tangki sehingga keadaan kembali pulih. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel