Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hujan lebat akibatkan tanah runtuh di Cameron Highlands


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





CAMERON HIGHLANDS, 25 Mei (Bernama) -- Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Ringlet, di sini, awal pagi ini, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah berkata insiden pertama berlaku berhampiran kawasan kebun di Jalan Ulu Merah, Ringlet, pada jam 6 pagi tadi dengan keluasan runtuhan dianggarkan setinggi 15 meter (m) dan 10m panjang.

"Selain hujan lebat, terdapat paip di kawasan kebun pecah sehingga menyebabkan tanah runtuh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, laluan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan dan pihak Jabatan Kerja Raya sedang giat membersihkan jalan, katanya.

Ashari berkata insiden kedua berlaku di Jalan Ringlet-Blue Valley berhampiran Kuari Batu Syarikat Perniagaan Nazri Ahmad kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, luas kawasan terlibat adalah 32m dan setakat jam 1 tengah hari ini hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel