Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program jalinan kasih Ramadan 2019 Perak sampai bantuan kepada 50 penerima


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





PASIR SALAK, 24 Mei (Bernama) -- Lima puluh individu di kawasan Felcra Seberang Perak di sini menerima bantuan sempena porgram Kembara Jalinan Kasih Ramadan 2019 hari ini.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia antaranya Jabatan Penyiaran Perak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut menyampaikan zakat kepada 202 asnaf di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata selain menyampaikan bantuan program tersebut turut membuka peluang kepada golongan berkenaan menyampaikan permasalahan yang dihadapi.

"Ini julung kali program Kembara Jalinan Kasih diadakan di kawasan Felcra walaupun Felcra di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri mengambil sikap menyantuni mereka dan dengar permasalahan mereka.

Sekarang harga komoditi agak jatuh maka perlu kerajaan negeri mengambil tanggungjawab memberi mereka sedikit sumbangan dan sudah tentulah kita cuba membawa ketengah apa sahaja permasalahan mereka hadapi," katanya kepada pemberita program Kembara Jalinan Kasih Ramadan 2019 di Felcra Seberang Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata program itu akan diteruskan ke Felda Besout, Sungkai pada Selasa depan.

Dalam pada itu, seorang penerima Ali Roliah Mat Tahar, 70, berkata program itu membuka peluang buat dia dan suami menyampaikan permintaan secara terus kepada pemimpin kerajaan negeri.

"Alhamdulillah dapat sumbangan dan bila Yang Berhormat tanya apa boleh bantu, mak cik minta rawatan jantung suami mak cik.

Bagi Rojimah Abdullah, 51, pula beliau mengharapkan kerajaan negeri boleh membantunya dalam mendapatkan bantuan selayaknya berikutan pendapatan hasil kebunnya semakin berkurangan.

"Dulu sebelum harga sawit turun dapatlah dalam RM1,000 sebulan sekarang turun sehingga RM400. Bukan nak meminta tapi saya tanggung anak dua orang yang masih bersekolah, ia tidak mencukupi," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel