Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Kedah berkenan berangkat majlis berbuka puasa RAMD


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Warga Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Baginda selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD dan Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) berangkat tiba pada 7.15 malam dan disambut oleh Pengerusi RAMD, Left Jen Datuk Azizan Md Delin. 

Majlis dimulakan dengan santapan berbuka puasa sebelum disusuli solat Magrib berjemaah.

Baginda turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat tarawih.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sallehuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim (STAY) ATM.

Kira-kira 2,000 anggota dan pegawai ATM hadir memeriahkan majlis berkenaan. 

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Majlis juga dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel