Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelumba TSG cemerlang di 'Fujian Tour of Japan'


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KUALA TERENGGANU, 24 Mei (Bernama) -- Selepas mengharungi enam peringkat saingan ‘Fujian Tour of Japan’, pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Metkel Eyob berjaya meraih kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua hari ini.

Pada perlumbaan peringkat keenam itu, Metkel yang berpengalaman luas dalam saingan berbentuk jelajah mengambil masa satu jam 22 minit 52 saat untuk menamatkan perlumbaan sejauh 36 kilometer dan pendakian setinggi 2,000 meter di belakang pelumba pasukan BridgeLane, Chris Harper dari Australia.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata selain Metkel lima pelumba TSG yang turut membawa cabaran pada perlumbaan itu ialah Muhammad Afiq Huznie Othman, Goh Choon Huat, Youcef Reguigui, Drew Morey dan Artem Ovechkin yang pernah memenangi jersi kuning Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.

"Selepas perlumbaan peringkat keenam, Metkel melonjak ke kedudukan ketiga kategori individu keseluruhan.

"Kita harap dia dapat mengekalkan momentum seperti hari ini bagi memperbaiki kedudukan dalam baki dua perlumbaan yang akan berlangsung esok dan lusa (Ahad)," katanya ketika dihubungi Bernama.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel