Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penguatkuasa MBI musnahkan anjing liar ikut undang-undang


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





IPOH, 24 Mei (Bernama) -- Kaedah pemusnahan anjing liar oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing 1987.

MBI menerusi satu kenyataan memaklumkan, penguatkuasanya sentiasa konsisten menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik anjing serta pemusnahan anjing liar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular rakaman video menunjukkan pasukan penguatkuasa MBI menembak mati seekor anjing di Pengkalan gate kira-kira pukul 10 pagi, Rabu lalu sehingga mencetuskan kecaman daripada netizen.

“Semasa kejadian, satu Unit Kawalan Anjing Penguatkuasa MBI ditugaskan ke skim perumahan baru di Pengkalan Gate bagi menyelesaikan aduan anjing berkeliaran, yang menyerang ternakan kambing dan seorang pegawai kanan tentera.

“Seekor anjing liar telah dimusnahkan di kawasan berkenaan, bagi menyelesaikan aduan tersebut,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook MBI. 

MBI memohon orang ramai untuk sama-sama membantu mengatasi masalah anjing liar di kawasan masing-masing dengan membuat aduan di talian 019-5503083.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel