Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan pemuda pecah cermin kereta semasa kecoh di pasar malam


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KOTA BHARU, 24 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang pemuda berusia 20an yang disyaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta di samping menyebabkan ada bahagian kereta itu yang kemek, berdekatan Pasar Malam Parit Dalam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata siasatan dilakukan sebaik pihaknya menerima laporan daripada pemilik kereta itu, seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Beliau berkata daripada laporan diterima pihaknya, wanita berkenaan baharu keluar daripada sebuah pasaraya berdekatan pasar malam berkenaan dengan kereta jenis Toyota Camry yang sebelum itu diparkir di tingkat bawah.

"Ketika keluar daripada pasar raya berkenaan kira-kira pukul 10 malam, sudah ada ramai peniaga sehingga menyebabkan laluan menjadi sempit. Mungkin berlaku pergaduhan mulut antara wanita itu dengan peniaga di situ menyebabkan ada pihak yang melakukan provokasi sehingga tercetus perbalahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata berdasarkan rakaman video yang tular sejak malam tadi, wanita berkenaan dikatakan cuba menghalang sekumpulan lelaki dipercayai peniaga di situ daripada merosakkan cermin belakang keretanya, namun gagal, dan difahamkan, laluan di kawasan itu memang menjadi sempit apabila orang ramai mengambil peluang berniaga barangan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sebarangan bagi mengelak kejadian lebih buruk daripada berlaku,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel