Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





PETALING JAYA, 24 Mei (Bernama) -- Plus Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal supaya tidak menggunakan lorong kecemasan semasa pulang ke kampung pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko kemalangan maut. 

Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata laluan itu amat berbahaya kepada penunggang motosikal kerana terdapat banyak kenderaan rosak dan lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu. 

“Berdasarkan statistik Ops Selamat 2018, lebih 60 peratus kemalangan maut dan kes kematian di lebuh raya melibatkan motosikal. Daripada jumlah itu, 77 peratus kemalangan melibatkan motosikal di lorong kecemasan,” katanya pada sidang media persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik dan kempen Aidilfitri di Persada PLUS di sini hari ini. 

Justeru, beliau menasihati penunggang motosikal memakai pakaian cerah dan pantul cahaya serta membuat perjalanan pada waktu siang supaya mudah dilihat oleh pengguna lebuh raya lain. 

PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada setiap hari puncak di musim perayaan Aidilfitri akan datang, dengan peningkatan 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari biasa. 

Zakaria juga menasihati orang ramai mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS bagi membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung masing-masing. 

“Bagi perjalanan balik kampung antara 30 Mei dan 10 Jun, pengguna yang bergerak ke destinasi jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan agar memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi. 

“Sementara pengguna lebuh raya yang menghala ke lokasi berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuh raya selepas 10 pagi,” katanya. 

Mengenai diskaun tol lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata ia akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian pada hari Selasa ini (28 Mei). 

Beliau berkata bagi menikmati lebih keselesaan dalam perjalanan, pengguna lebuh raya disaran mendaftar sebagai anggota PLUSMiles dan memuat turun aplikasi PLUSMiles bagi menebus mata ganjaran di 165 outlet bagi kesemua 13 rakan niaga yang mengambil bahagian di sepanjang lebuh raya PLUS. 

Barangan yang boleh ditebus termasuk makanan dan minuman melibatkan 24 menu dan 7,000 kuantiti penebusan. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel