Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga remaja disyaki curi motosikal


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





BAGAN SERAI, 24 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga remaja, dua daripadanya masih bersekolah, kerana disyaki mencuri motosikal di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian DSP Sanusi Salleh berkata ketiga-tiga remaja berumur 16 tahun itu ditahan pukul 3.40 petang susulan laporan polis berhubung kehilangan motosikal yang dibuat pemilik masing-masing pada 5 Mei dan 11 Mei lalu.

Beliau berkata polis turut merampas dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Lagenda, serta sebuah rangka motosikal yang telah dileraikan.

"Siasatan mendapati mereka mencuri motosikal untuk mendapatkan alat ganti bagi kegunaan sendiri dengan mengambil beberapa komponen, manakala rangka motosikal dibuang ke dalam parit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Katanya kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara dari satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, serta denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel