Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPKK perlu sediakan profil kampung untuk mudahkan pembangunan - Madius


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





TUARAN, 24 Mei (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyarankan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) khususnya di kawasan Tuaran dapat menyediakan profil kampung bagi mengetahui keperluan sekali gus memudahkan kerajaan menyalurkan peruntukan pembangunan.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Tuaran berkata, profil kampung berkenaan perlu disediakan secepat mungkin kerana kerajaan menghadapi kesukaran untuk menilai keperluan setiap kampung di kawasan berkenaan sekiranya pihak MPKK tidak menyediakan profil kampung yang lengkap.

"Profil kampung penting bagi menyimpan segala maklumat termasuk latar belakang kampung, jumlah kependudukan, rekod pembangunan yang ada dan senarai pembangunan diperlukan dan pengerusi MPKK bersama ahli jawatankuasa perlu memberi kerjasama dan komitmen dalam menyediakan profil ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 74 pengerusi MPKK bagi kawasan Dewan Undangan Kiulu, di sini hari ini.

Madius berkata, semua yang telah dilantik menjadi pengerusi MPKK perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyediakan perancangan, selain menyediakan profil kampung. Perancangan sangat penting untuk memastikan kampung masing-masing dapat menerima pembangunan seiring dengan kampung lain.

“MPKK yang dilantik juga perlu ingat bahawa MPKK adalah kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus atau mentadbir kampung serta menjadi pengantara kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel