Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki Filipina ditahan guna rumah sewa sebagai tempat mengedar dadah


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





SANDAKAN, 24 Mei (Bernama) -- Polis Sandakan menahan seorang lelaki warga Filipina berumur 46 tahun disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Sim-Sim di sini tengah malam tadi.

Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sandakan itu dijalankan pukul 12.15 tengah malam semalam menemukan beberapa bekas plastik berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu anggaran berat 35.92 gram di rumah sewa suspek.

"Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Rumah sewa suspek ini juga dijadikan sebagai tempat membungkus dadah sebelum diedar di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel