Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam Sarawak lebihi sasaran hasil sebanyak 101.2 peratus


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KUCHING, 24 Mei (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah mencatat sasaran hasil melebihi kadar yang ditetapkan bagi tempoh sama tahun lepas sehingga 30 April 2019 sebanyak 101.2 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.087 bilion.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata pungutan jualan dan perkhidmatan (SST) di bahagian cukai dalam negeri (CDN) telah merekodkan pencapaian sebanyak 124.8 peratus bagi tempoh sehingga April 2019.

“Kejayaan ini diperoleh melalui usaha serta kerja keras yang dilaksanakan oleh setiap lapisan pegawai melalui enam operasi yang dijalankan sejak bulan Januari, ke arah membantu peningkatan hasil jabatan.

“Bahagian Pematuhan telah berjaya mengeluarkan sebanyak 34 BOD (bill of demand) yang melibatkan tuntutan berjumlah RM17,426,493.80,” katanya dalam ucapan aluan Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra warga JKDM Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian CDN, Datuk Ahmad Maher Abd Jalil.

Sementara itu, Ahmad Maher berkata Malaysia telah kehilangan hasil berbilion-bilion ringgit melalui penyata cukai barang dan perkhidmatan (penyata GST-03) yang tidak dihantar kepada JKDM.

“Kita ada 200,000 lebih pendaftar GST yang belum hantar penyata seluruh Malaysia melibatkan 90,000 buah syarikat.

“GST perlu dibayar sehingga sekarang…tidak ada titik akhir untuk pembayaran GST manakala untuk tuntutan GST pula, ia mempunyai tarikh akhir iaitu pada 29 Dis 2018 dan kita juga mahu sifarkan penyata GST-03,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel