Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAIM sasar kutipan zakat fitrah RM4.2 juta tahun ini


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





MELAKA, 24 Mei (Bernama) -- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan kutipan zakat fitrah kira-kira RM4.2 juta tahun ini, berbanding RM3.8 juta pada tahun lepas, kata Pengerusinya Adly Zahari.

Adly, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata, ia berdasarkan kepada zakat fitrah di negeri ini yang ditetapkan dua kadar pada tahun ini iaitu RM7 dan RM14 berbanding RM6.70 tahun lepas.

"Terdapat peningkatan kutipan dan jika mengikut kepada trend pembayaran, kira-kira 15 peratus rakyat memilih untuk membayar pada kadar RM14.

"Kita berharap agar semua umat Islam yang layak melunaskan tanggungjawab rukun Islam ketiga ini agar ia kemudian dapat dikongsi bersama golongan penerima agihan zakat seperti asnaf, fakir dan mualaf," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Agensi Korporat di Ayer Keroh hari ini. 

Pada majlis itu, 10 agensi korporat menyerahkan zakat berjumlah RM4.8 juta kepada Adly. 

Dalam pada itu, kutipan zakat harta di Melaka mencatatkan peningkatan kepada lebih RM36.31 juta bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding RM34.04 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Zakat Melaka (ZM) dalam kenyataan hari ini memberitahu dalam tempoh yang sama tahun ini, bilangan pembayar zakat juga menokok sebanyak 2.12 peratus kepada 38,043 orang daripada hanya 37,252 orang dalam tempoh sama pada tahun lepas. 

Zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu lebih RM27.65 juta dengan 32,371 pembayar zakat manakala kutipan terendah melibatkan zakat pertanian iaitu RM8,700 dengan lapan pembayar zakat. 

 Selain itu, zakat wang simpanan sebanyak RM7.77 juta telah dibayar oleh 4,146 pembayar, zakat perniagaan sebanyak RM6.97 juta telah dilunaskan oleh 736 peniaga, zakat saham berjumlah RM530,201.24 dibuat melalui 209 pembayar. 

Bagi zakat emas dan perak pula, RM354,302.30 direkodkan dengan 516 pembayar, manakala, zakat ternakan berjumlah RM22,492 dengan 57 pembayar.

Agensi korporat berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji dengan bayaran zakat RM2.69 juta; PLUS Malaysia Berhad (RM776,370); Syarikat Air Melaka Berhad (RM601,772); Selia Selenggara Selatan Sendirian Berhad (RM285,803) dan Bank Islam Malaysia Berhad (RM110,961.72).

Turut membayar ialah Maybank Islamic Berhad (RM100,100.67); Perbadanan Melaka Holdings Berhad (RM92,038.33); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM56,432.61); Celcom Axiata Berhad (RM51,595); dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (RM35,714.29).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel