yufahiGvZeE Maritim tahan tiga bot Vietnam tangkap ikan guna renjatan elektrik
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim tahan tiga bot Vietnam tangkap ikan guna renjatan elektrik


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KOTA KINABALU, 24 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan tiga bot nelayan Vietnam yang didapati menangkap ikan tanpa lesen dalam kawasan perairan negara, dengan menggunakan kaedah renjatan elektrik.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda (M)  Kamaruszaman Abu Hasan berkata bot berkenaan ditahan ketika sedang menangkap ikan di kawasan Pulau Layang-Layang, Khamis lalu pada pukul 3.00 petang.

“Setelah diperiksa, bot itu didapati memiliki peralatan menangkap ikan yang dilarang iaitu menggunakan kaedah renjatan elektrik yang boleh mengancam ekosistem hidupan laut selain tidak mempunyai lesen sah menangkap ikan,” katanya pada sidang media di Jeti APMM, Sepanggar di sini, hari ini.

Kamaruszaman berkata seramai 33 awak-awak termasuk tiga tekong warganegara Vietnam berumur antara 16 dan 55 tahun turut ditahan dan direman untuk tindakan lanjut, dan menurutnya kes akan disiasat dibawah Seksyen 14(3)(b), Seksyen 15 dan 26 (1) (c)Akta Perikanan 1985.

Katanya, hasil tangkapan itu juga adalah kerjasama daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya memintas bot berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak APMM.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel