Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Johor rancang tubuh jawatankuasa khas kawal kebanjiran kemasukan pendatang asing


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





BATU PAHAT, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor merancang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengawal ‘kebanjiran’ dan kemasukan pendatang asing yang mencari rezeki di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata kebanjiran warga asing ke Johor terutamanya yang mencari rezeki semakin bertambah setiap tahun, dibimbangi menutup ruang warga tempatan untuk bekerja dalam sektor tertentu.

"Buat masa ini, setelah pemerhatian dilakukan terdapat empat jenis warga asing yang datang untuk bekerja di sini. Pertamanya yang masuk secara sah, kedua yang menggunakan pas pelajar, ketiga yang menggunakan pas pelancong dan yang terakhir adalah yang masuk secara haram,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di majlis Ziarah Kasih Ramadan dan Iftar Bersama Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Ya’ani di Masjid Felcra Sri Wangi, di sini, malam tadi Aminolhuda berkata, faktor utama kedatangan warga asing berkenaan untuk bekerja di Johor adalah kerana terdapat banyak ruang dan peluang mencari rezeki berbanding negara asal mereka.

Beliau berkata banyak laluan masuk ke negeri ini terutamanya jalan laut yang lebih terbuka berbanding jalan darat dan udara juga menjadi faktor kedatangan pendatang asing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel