Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Rawang dijangka pulih esok


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kerja-kerja pembaikan paip pengepaman yang pecah berdekatan Sungai Garing, Rawang dijangka siap sepenuhnya sebelum 9 pagi esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip berkenaan dan melaksanakan penutupan bekalan untuk 26 kawasan di Rawang pada 9 malam ini.

"Pihak kami menyasarkan kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan sebelum 9 pagi esok dan pemulihan bekalan secara berperingkat sejurus kerja-kerja pembaikan siap dan bekalan dibuka manakala proses pemulihan keseluruhan kawasan adalah secara berperingkat dan akan mengambil masa 24 jam.

Pelanggan yang terjejas dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan kami akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Air Selangor juga memohon maaf atas segala kesulitan dan sedang mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengurangkan impak gangguan dan mempercepatkan pemulihan.

Pelanggan boleh hubungi Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 atau 019-2800919, dan boleh merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel