Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tidak perlu gentar pada pasukan lawan - ketua pasukan


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ketua Pasukan Negara ke Piala Sudirman 2019, Goh Soon Huat menggesa rakan sepasukan untuk tidak gentar kepada pasukan lawan, bagi perlawanan suku akhir esok.

Pemain beregu campuran itu berkata beliau yakin yang semua pemain badminton negara, telah bersedia untuk menghadapi lawan masing-masing dan mereka akan melakukan kejutan terhadap kuasa baru badminton, Jepun. 

“Tidak kisah siapa yang akan kita hadapi, saya percaya pasukan kita bersedia untuk melawan dan berikan yang terbaik.

“Sebagai ketua pasukan, saya akan pastikan rakan sepasukan masuk ke gelanggang, dengan rasa yakin dan tidak gentar kepada lawan, kerana kita mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia dan kita akan berikan yang terbaik,” katanya dalam Instagram Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Malaysia yang menamatkan perlawanan Kumpulan D di tempat kedua, diundi bertemu pasukan pilihan kedua, Jepun yang menjuarai Kumpulan A.

Undian untuk perlawanan suku akhir telah diadakan sebaik sahaja tamat perlawanan peringkat kumpulan, malam tadi.

Pasukan negara tewas 1-3 kepada Jepun dalam edisi 2017 di Gold Coast, Australia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel