Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPM peruntuk RM350,000 untuk SJK(C) Kiew Nang


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





SIBU, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju memperuntukkan RM350,000 bagi membantu membina semula bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiew Nang yang terbakar pada Selasa lalu.

Perkara ini diumumkan Anggota Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng, semasa kunjungannya ke sekolah tersebut, hari ini.

"Saya telah menghubungi Guru Besar di sini untuk meminta anggaran kos pembinaan semula, atau baik pulih bangunan yang terjejas.

"Kemudian saya menghubungi KPM dan Timbalan Menterinya Teo Nie Ching bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM350,000 untuk tujuan itu," katanya.

Selain peruntukan itu, Lau turut mengumumkan peruntukan dari pusat khidmat DAP Lanang sebanyak RM50,000, dan geran kawasan parlimen beliau sebanyak RM100,000 bagi membantu sekolah tersebut, menjadikan jumlah terkumpul bantuan kini berjumlah RM500,000.

Pembinaan semula bangunan sekolah baharu akan dilakukan di tapak yang sama.

Sebuah blok bangunan sekolah yang menempatkan empat bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah stor musnah dalam kebakaran pada kira-kira 4.15 petang Selasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel