Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM Terengganu terima 30 bot fiber baharu


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




KUALA NERUS, 23 Mei (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menerima 30 bot fiber baharu bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir kelak.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata penambahan bot bersaiz 12 kaki itu adalah khusus untuk penugasan membantu mangsa banjir di kawasan pedalaman.

"Semua APM di lapan daerah seluruh Terengganu akan menerima tiga bot manakala baki enam bot lagi akan ditempatkan di ibu pejabat APM negeri di Kuala Nerus.

"Ketika ini, kami mempunyai 12 bot sahaja di mana ada masanya APM menggunakan bot Pejabat Daerah untuk keluar menyelamat mangsa banjir. Penambahan 30 bot baharu ini akan meningkatkan lagi semangat petugas APM untuk kerja menyelamat sepanjang bencana nanti," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bot fiber kepada lapan APM daerah di sini hari ini. 

Che Adam berkata 30 bot fiber baharu itu adalah perolehan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri untuk tahun 2017/2018.

"Sekiranya perlu, bot fiber baharu ini akan ditempatkan di kawasan berisiko kerap berlaku banjir seawal Oktober depan untuk persediaan Monsun Timur Laut 2019/2020," katanya. 

Untuk rekod, pada tahun lepas, APM Terengganu telah menerima lapan bot aluminium 14 kaki dan 10 bot RIB (Rigit Inflatable Boat).
-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel