Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Penerangan Sarawak edar bubur lambuk, bubur pedas


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUCHING, 23 Mei (Bernama) -- Jabatan Penerangan Sarawak hari ini mengedarkan 400 bungkus bubur lambuk dan bubur pedas, kepada orang awam dan kakitangannya di sini hari ini sempena dengan bulan Ramadan.

Penyerahan bubur tersebut, diketuai pengarahnya Abang Sardon Abang Hashim dibantu kakitangan jabatan itu serta pihak media yang hadir di persimpangan masuk ke Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Sarawak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya, di sini.

Beliau berkata majlis tahunan ini diadakan bersempena Ramadan untuk mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan hubungan antara jabatan itu dengan orang awam.

Majlis penyerahan bubur lambuk dan bubur pedas ini juga atas usaha dan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam Jabatan Penerangan Sarawak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel