Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

1,046 pegawai, anggota polis bakal bertugas laksana Ops Selamat sempena Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) -- Sejumlah 1,046 pegawai dan anggota polis akan bertugas di seluruh Johor bagi melaksanakan Ops Selamat 15 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak. 

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata operasi  itu akan berlangsung bermula 29 Mei sehingga 12 Jun.

Oleh itu, sepanjang tempoh itu, seluruh masyarakat disarankan agar menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

“Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu dan maklumkan ketiadaan anda kepada jiran, balai polis berhampiran atau dengan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone (VSP),” katanya.

Beliau berkata tindakan tegas turut akan diambil terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas atau meletakkan mereka yang lain dalam bahaya selain individu yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Katanya, menjelang operasi itu, sebanyak 373 serbuan dan pemeriksaan juga telah pun dilakukan di seluruh daerah negeri ini bagi membendung jenayah-jenayah seperti pecah rumah dan ragut. 

Hasil daripada itu, seramai  211 penagih dan mereka yang terlibat dalam jenayah kemudian telah berjaya ditangkap, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel