Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KANGAR, 23 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes membakar kenderaan rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Selasa lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kangar.  

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Mie Tomoi, yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.

“Lima orang telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan kesemua mereka sedang direman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Mushar berkata siasatan awal polis mendapati dua daripada lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu turut terlibat dalam kejadian mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan pada September lepas.

Dalam kejadian 5.45 pagi pada 22 Mei lepas, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam milik Mohd Asri terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel