Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga digalak menjual barangan harga terkawal pada harga lebih rendah


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





PENAMPANG, 23 Mei (Bernama) -- Sempena musim perayaan ini para peniaga digalakkan menjual barangan harga terkawal pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata peniaga diminta agar menjual harga barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan selain meletakkan tanda khas merah jambu.

”Peniaga juga diingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mereka boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan ke sebuah pasar raya di ITCC sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini, hari ini.

Chong berkata dalam ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan sentiasa mengambil usaha dan langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan rakyat terutamanya pada musim perayaan.

Oleh itu, SHMMP bagi Hari Raya turut dilanjutkan kepada 30 hari iaitu bermula pada 21 Mei hingga 19 Jun berbanding hanya 15 hari sebelum ini.

Manakala sempena Pesta Kaamatan pula, bermula pada 23 Mei hingga 5 Jun iaitu selama 14 hari berbanding tujuh hari sebelum ini.

"Sebanyak 20 jenis barangan bagi SHMMP untuk Hari Raya dan 13 barangan untuk Pesta Kaamatan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel