Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pindaan perlembagaan UMNO hanya spekulasi, terlalu awal untuk dibincangkan


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Pindaan terhadap fasal 9.9 Perlembagaan UMNO hanya khabar angin, dan terlalu awal untuk dibincangkan, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata walaupun UMNO telah membentuk satu jawatankuasa dipengerusikan Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengutip pandangan anggota, namun perkara tersebut perlu melalui satu proses yang panjang.

“Prosesnya masih panjang dan akan dibincangkan ke peringkat tertinggi, sehinggalah ada syor yang muktamad. Yang kita baca dan ditulis oleh orang tertentu itu hanyalah spekulasi, dan buat masa sekarang belum ada sebarang keputusan apapun lagi," katanya kepada pemberita selepas program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf peringkat Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Program berkenaan memberi peluang kepada 122 kanak-kanak miskin memilih sendiri pakaian untuk persediaan Aidilfitri nanti dan turut mendapat kerjasama daripada Pasaraya Mydin, Ekspres Perdana dan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).

Dalam masa yang sama, Annuar berkata walaupun UMNO mempunyai perlembagaan dan undang-undang sendiri, namun mungkin ada syor-syor baharu yang perlu dibincangkan oleh anggota parti.

Sebelum ini timbul khabar angin mendakwa UMNO akan meminda fasal 9.9 yang akan melucutkan jawatan dalam parti terhadap seseorang yang didakwa di mahkamah menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) pada November depan.

Jika cadangan berkenaan diterima, ia boleh membawa kepada pengguguran jawatan beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel