Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri ini bagi membentuk kerjasama rasmi kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata pembentukan piagam itu kini di peringkat akhir penelitian oleh jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh kedua-dua parti sebelum ini.

"Sekarang taawun (kerjasama), kita kena secara berperingkat-peringkat. Mula-mula kerjasama tak bertulis, kemudian datang tiga empat pilihan raya kecil kita nampak kerjasama ini kian baik. Jadi sekarang pimpinan tertinggi UMNO dan PAS merasakan elok dibuat secara lebih rasmi.

“Dengan adanya kerangka taawun secara bertulis ini ia (kerjasama) akan jadi lebih teratur, bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat negeri dan bahagian," katanya kepada pemberita selepas program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf peringkat Parlimen Ketereh di sini, hari ini. 

Program berkenaan memberi peluang kepada 122 kanak-kanak miskin memilih sendiri pakaian untuk persediaan Aidilfitri nanti dan turut mendapat kerjasama daripada Pasaraya Mydin, Ekspres Perdana dan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).

Annuar berkata berkata draf piagam bersama itu kini sudah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

“Pada peringkat seterusnya kerjasama dengan pihak-pihak lain juga juga akan diperkukuhkan termasuklah melibatkan parti politik lain dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel