Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki terjatuh dari pencawang di Kota Belud bukan kontraktor TM


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Berhad (TM) menjelaskan bahawa dua lelaki yang cedera parah selepas terjatuh di sebuah menara pencawang di Kampung Kuala Abai Kota Belud dekat sini pada Isnin lepas bukan kontraktor di bawah syarikat telekomunikasi itu.

TM dalam satu kenyataan hari ini juga menjelaskan bahawa menara pencawang tempat kejadian itu berlaku juga bukan milik TM.

"TM sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan bagi semua pekerjanya dan kontraktor, terutamanya mereka yang bekerja di tempat yang tinggi dan ruang terkurung. 

"Kami mempunyai garis panduan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE) yang digubal dan kami terus melatih dan membimbing kontraktor kami," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 48 dan 28 tahun patah tangan dan kaki selepas terjatuh dari sebuah menara pencawang dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan sama iaitu patah tangan kanan dan kaki kanan serta bahagian muka. 

Mangsa berjaya diturunkan rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     

Pertunjukan dron menerangi langit Langkawi

 
     

"Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" bakal jadi pusat seni dan budaya di JB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel