Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek Jalan Raya Telipok-Kiulu-Rondoggung siap sepenuhnya Nov 2019


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





TUARAN, 23 Mei (Bernama) -- Projek pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Rondoggung sepanjang 60 kilometer kini siap 90.68 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Nov 2019, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata pada mulanya projek berkenaan yang dilaksanakan sejak 2016 dijadualkan siap Mac tahun ini namun terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi termasuk keadaan cuaca yang tidak baik.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM288 juta ini berjalan lancar dan kelewatan berkenaan tidak menjejaskan kos pembinaan projek ini yang turut melibatkan pembinaan tiga jambatan yang mana satu daripada jambatan tersebut telah siap dan dua lagi sedang dalam proses penyiapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pembinaan projek berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata Jalan Telipok-Kiulu-Rondoggung merupakan laluan alternatif kedua untuk ke Ranau daripada Kota Kinabalu.

“Jajaran jalan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau. Terdapat 26 kampung dan lapan sekolah termasuk satu sekolah menengah sepanjang laluan ini,” katanya.

Rina berkata, apabila siap kelak jalan berkenaan memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung, selain menjimatkan kira-kira 30 minit masa perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Ranau berbanding laluan lama.

“Jalan ini juga akan memerikan manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di sepanjang jalan ini dan dengan adanya perhubungan jalan yang baik, mereka boleh memasarkan pelbagai produk tanaman ke pekan terdekat,” katanya.

Beliau juga yakin jalan berkenaan bakal melonjakkan ekonomi penduduk di sepanjang jalan berkenaan kerana banyak produk baharu yang boleh diceburi termasuk industri pelancongan luar bandar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel