Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warisan kecam tindakan pihak kaitkan dalam urusan melibatkan JPN - loretto


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) -- Parti Warisan Sabah (Warisan) mengecam tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan parti itu  dalam urusan yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti yang telah tular di media sosial. 

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua menafikan Warisan terlibat dalam apa-apa pengurusan yang melibatkan JPN kerana bukan menjadi tugas parti itu untuk berurusan dengan agensi itu.

"Saya mengakui jika dilihat daripada gambar borang tersebut tidak jelas apa sebenarnya tujuan borang tersebut diedarkan kerana tidak ada tertulis pada borang tersebut, namun daripada gambar-gambar lain yang sama-sama tular di media sosial ada ditunjukkan resit permohonan MyKad.

"Warisan sejak dari awal lagi mengecam tindakan sesetengah pihak yang bertindak menyalahi undang-undang dengan memberikan Mykad kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)," katanya.

Loretto berkata dengan mengaitkan logo Warisan pada borang kerajaan adalah satu fitnah kepada Warisan yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Warisan serta pemimpinnya.

Menurutnya berkemungkinan juga wujud sindiket-sindiket tertentu yang ingin mengaut keuntungan dan pada masa yang sama mengaibkan Warisan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel