Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan dipercayai terlibat kes curi di sebuah rumah di Kulai


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki, di Jalan Matahari, Bandar Indahpura dekat Kulai, semalam, selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan curi di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki berumur 29 tahun itu ditahan pukul 3.00 petang selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah terbabit.

“Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu (lelaki) pada 12.50 tenagah hari semalam, yang mengatakan berlaku kecurian di rumahnya di Jalan Ibrahim, Kulai. 

“Pengadu mengatakan beg sandangnya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu rumahnya telah tiada dengan anggaran kerugian RM4,700,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Tok berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Kulai kemudian membuat tangkapan terhadap lelaki berumur 29 tahun di Jalan Matahari, Bandar Indahpura dan merampas sejumlah barangan daripadanya.

Antara barangan yang dirampasialah satu beg sandang berwarna hitam, satu passport Malaysia, dua telefon bimbit, wang tunai Ringgit Malaysia bercampur-campur RM329 dan wang tunai dolar Singapura bercampur-campur SGD 146, satu dompet, satu kad pengenalan, satu lesen memandu, empat kad ATM, dua kad kredit serta satu permit kerja Singapura.

Beliau berkata, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes kecurian di rumah di Jalan Ibrahim berkenaan dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel