Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu kuota matrikulasi: NGO hantar memorandum sokongan kepada Maszlee


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Satu memorandum dihantar kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai tanda sokongan atas kenyataan beliau dalam mempertahankan isu kuota matrikulasi untuk bumiputera dan peluang pasaran kerja yang tidak adil. 

Memorandum sokongan tersebut diserahkan oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Majlis Bendahara Malaysia (MBM) dan beberapa lagi gabungan badan bukan kerajaan.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Politik menteri, Mahmood Kassim.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata pihaknya menyokong penuh kenyataan Maszlee dalam isu kuota matrikulasi untuk bumiputera dilonggarkan tetapi pada masa yang sama majikan masih menetapkan syarat untuk fasih berbahasa Mandarin untuk mendapat mendapat tawaran pekerjaan.

Katanya gabungan itu menyokong kenyataan Maszlee dan menyeru beliau tidak perlu memohon maaf atau meletak jawatan atas desakan pihak tertentu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel